Assalamualaikum,
Hari ni saya nak share sedikit info yg saya baca tentang Lecithin.
Dah banyak blog rakan2 seperjuangan saya dalam Shaklee ni yang berkongsi tentang Lecithin..Apa itu Lecithin..Apa kelebihan Lecithin dan banyak lagi lah..
Saya hanya cuba menerangkan dan meringkaskan segala info dalam versi saya..
Apa itu Lecithin?
Lecithin ini sebenarnya adalah satu istilah merujuk kepada kumpulan lemak yang bewarna kuning keperangan yang terkandung dalam di dalam tisu tumbuhan atau haiwan.. Ia terdiri daripada asid fosforik, choline, asid lemak, gliserol, glikolipid, trigliserida dan fosfolipid..
Lecithin ni boleh diekstrak keluar secara kimia dengan mengguna pelarut seperti hexane, ethanol, acethone, petroleum ether, benzene dan lain2..
Lecithin selalu didapati dari sumber:-
a) KACANG SOYA (Lecithin Shaklee adalah dari sumber kacang soya kerana kacang soya adalah sumber yg kaya dgn lecithin yg bebas kolesterol!)
b) telur
c) susu
d) sumber marine
e) rapeseed
f) cottonseed
g) sunflower
Lecithin ni rendah keterlarutan (kurang larut) dalam air, so ia boleh berfungsi sebagai emulsifier (pengemulsi) yang bagus! Biasanya Lecithin ni digunakan dalam supplemen makanan atau dalam bahan2 perubatan. Kalau dalam masakan, lecithin digunakan dalam "Non Stick Cooking Spray". Kalau korang tengok rancangan2 memasak di Channel Food Network, chef2 diorang banyak guna nonstick cooking spray ni menggantikan butter or minyak untuk halang masakan dari melekat pada cooking pan.
Secara ayat mudah dan ringkasnya...
try buat eksperimen ni..
Amik segelas air, tuang sikit minyak dalam tu
Then..air takkan bercampur dgn minyak, so wujud dua lapisan..bawh lapisan air, atas lapisan minyak..
Ambil sebijik lecithin dan pecahkan dalam gelas td
See..see..apa yg korang nampak??
Lecithin tu akan menarik lapisan minyak tadi dan membentuk gumpalan2..
Begitulah konsep lecithin berfungsi di dalam badan kita..
Lecithin akan menarik dan melekat dgn lemak2 di dalam badan kita dan bergumpal..
So, mudahla untuk lemak2 tu diangkut keluar dari badan kita..
Sebab tu lah padanan bagi Lecithin adalah Alfafa..
Fungsi alfafa adalah untuk detoks, bantu nyahtoksin, bantu nyah lemak2 dalam badan kita ni..
So disimpulkan kelebihan2 Lecithin:-
a) Boleh bantu korang samada nak maintain atau kurangkan berat badan.
b) Mencegah penyakit2 seperti tekanan darah tinggi, strok, sakit jantung, arteri mengeras
c) Membantu penyerapan nutrient dan zat2 penting dari saluran darah ke sel2 badan
d) Untuk mencegah penyakit 'lupa' atau alzheimer 'nyanyuk' di kalangan orang tu
e) Untuk rambut, kulit yang cantik dan sihat
dan ada banyak lagi kelebihan2, nanti saya share lagi..
**TAPI...kalau dah lemak2 degil dah bertapa terlalu lama dalam badan, perlu masa juga untuk lecithin berfungsi dengan baik.. perlu juga pemakanan yang seimbang dan senaman untuk mempercepatkan keberkesanan Lecithin ni..**
No comments:
Post a Comment