Friday, February 20, 2015

Vitamin yang selamat untuk anak

Assalamualaikum

Happy Chinese New Year buat kawan2 berbangsa Cina yang menyambutnya. Moga tahun ni memberi lebih kebahagiaan dan kekayaan buat semua.

Buat kawan-kawan bangsa lain yang tidak menyambut CNY, semua juga hepi berehat2 cuti panjang tahun 2015 ni. Khamis sehingga Ahad.

So, saya sempat curi masa untuk share satu entry kali ni.

Sebagai ibubapa, kita selalu nak yang terbaik buat anak-anak mengikut kemampuan kita. Nak sediakan pakaian, makan minum, pendidikan, kasih sayang dan juga kesihatan yang terbaik buat anak-anak. Kebanyakan ibubapa juga dah menyediakan pelan pelindungan diri, kesihatan dan pendidikan anak-anak.

Sebagai seorang ibu kepada 2 orang anak (insyaAllah, yang ketiga is coming soon), saya nak anak2 saya sentiasa sihat dan membesar dengan baik.

So, saya memilih nak berikan anak2 saya Vitamin untuk menampung keperluan vitamin yang tidak mencukupi dari diet pemakanan seharian diorang. Memandangkan saya tak dapat nak pantau dan lihat apa yang dimakannya setiap hari di taska dan tadika.

Tapi ada terlampau banyak jenis vitamin untuk kanak-kanak yang ada di pasaran. Mana satu yang patut saya pilih.

Dan..pilihan saya mestilah yang semulajadi, tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

Saya pilih VITALEA for Children. Tanpa pewarna dan pemanis tiruan. Hanya rasa anggur yang diperoleh dari Xylitol (perasa semulajadi).

 Sebijik Vitalea sebesar ini.

 Hehehe. Anak kedua saya menangis nak lagi vitalea ni

Sebotol ada 60 biji Vitalea yang boleh dikunyah

Untuk anak saya yang sulung, usianya 4 tahun. Saya bagi nya 2x sehari. Pagi sebelum ke tadika dan petang selepas balik dari tadika. Buat anak saya yang kedua, usia hampir 2 tahun, hanya 1x sehari di waktu pagi. 

Kenapa saya taknak pewarna dan pemanis tiruan? Apa kesannya terhadap anak kita?

Ia boleh merosakkan dan mereputkan gigi anak2 kita dan juga boleh mengundang risiko diabetes!