Monday, March 2, 2015

21 Formula Hidup Luar Biasa

Assalamualaikum

Hai Mac 2015! ;)

Sebulan je lagi insyaAllah nak jumpa baby baru.. Excited dan neves sangat!

Bila kandungan dah hampir 36 minggu ni, macam2 la rasa yang ada. Dengan beban kerja opis yang semakin bertambah, berat badan pun bagai dipam2 jugak, dengan kerja di rumah yang tak penah selesai dan juga dengan 2 orang anak-anak yang semakin lasak ni. Ohhhh, tak terkata la macam mana nak digambarkan dan diceritakan. Hehehe. Tapi apa pun..syukur sangat pada Allah SWT kerana dilimpahkan rezeki yang tak terhingga ni. Diberikan kesihatan sehingga ke hari ni. Alhamdulillah...

Di saat2 genting macam ni, memang saya sangat perlukan motivasi dan makanan rohani untuk bina semula semangat. So, kebetulan hari tu ada rakan Shaklee yang berkongsi tentang buku ini. Buku bertajuk 21 Formula Hidup Luar Biasa yang ditulis dan dikongsi oleh Ustaz Asraff Ayob dan juga Dr. Azizan Osman (Jurulatih Kejayaan #1 Asia).

Apa yang best sangat tentang buku ni..



  • Ia ditulis oleh Ustaz Asraff Ayob dengan bahasa yang lebih santai dan penulisan dari hati supaya bila kita baca, ia betul-betul terasa dan tertusuk dalam hati. 
  • Ia adalah sebenarnya perkongsian pengalaman dan kisah Dr. Azizan Osman sendiri tentang bagaimana beliau jatuh dan bangun dalam hidupnya.
  • Formula transformasi kejayaan Dr. Azizan digabungkan dengan formula-formula kejayaan dan keberkatan yang diperoleh dari Al-Quran dan juga yang diaplikasikan oleh Baginda Rasulullah SAW, para sahabat, para auliya' para solihin dan alim ulama'. 

Saya masih lagi dalam proses membacanya. Baru tiba ke Bab 3 iaitu the power of serah. Gaya penulisan dan penyampaian Ustaz Asraff sangat memberi kesan ditambah pulak dengan contoh pengalaman sebenar yang dikongsi, ia memang tertusuk ke dalam hati pembaca.



Buku ni bukan saja untuk pembacaan mereka yang berbisnes, tapi ia sangat sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat, tak kisahla pelajar, surirumah, cikgu, pensyarah atau sesiapa yang nak tips dan amalan untuk berjaya dan mendapat keberkatan.;)

Tak sabar nak abiskan baca buku yang mengandungi 395 mukasurat ni. Hehehe.

Okay, nanti dah abis baca..boleh la kita summarize kandungan 21 formula hebat ni. ;))

No comments:

Post a Comment