Saturday, November 29, 2014

Bagaimana Meningkatkan Serapan Vitamin


Assalamualaikum

Kali ni saya nak share tentang makanan yang terbaik diambil bersama vitamin sekaligus membantu serapan vitamin dengan lebih baik

Pertama sekali kita kena tahu..

Vitamin dikategorikan kepada dua jenis, iaitu larut lemak dan larut air

Vitamin Larut Lemak

Vitamin A, D, E, K adalah vitamin larut lemak yang paling baik diserap ketika diambil bersama makanan yang ada sedikit lemak atau minyak. Vitamin akan diserap melalui usus kecil. Ia disimpan di dalam tisu lemak badan dan tidak perlu dimakan setiap hari. Pengambilan vitamin berlebihan boleh menyebabkan toksik atau berbahaya kepada badan kita, Seseorang individu patut mengambilnya mengikut dos yang dicadangkan.

Vitamin Larut Air

Vitamin C, B; thiamin (B1), B12, B6, riboflavin (B2), niacin (B3), asid folik, pantothenic acid (B5) dan biotin adalah jenis vitamin larut air. Disebabkan kesemua vitamin ini larut air, ia tidak disimpan di dalam badan. So, untuk memastikan vitamin ini diserap dengan baik oleh badan, pastikan kita minum air kosong yang secukupnya. Walaubagaimanapun, perlu mengikut dos yang dicadangkan kerana pengambilan yang berlebihan juga tidak bermanfaat kerana ia akan dikumuh oleh badan melalui peluh dan juga sewaktu buang air.

Ni semua adalah vitamin jenis larut air yg mama buyung ni consume every day. So, mesti minum banyak air kosong

Okay, nak pastikan kesemua vitamin yang kita ambil setiap hari diserap dan berfungsi dengan lebih baik, perhatikan apa yang kita makan setiap hari. ;)


So, feel free to read more kat sini --> http://web.mit.edu/athletics/sportsmedicine/wcrvitamins.html

No comments:

Post a Comment