Sunday, September 22, 2013

Kumpul Stok EBM ketika berpantang


Assalamualaikum..

Malam ni tetiba rasa nak berkongsi bagaimana saya mengumpulkan stok ketika berpantang anak kedua. Walaupun stok saya taklah semewah ibu-ibu lain, tapi sikit sebanyak ada lah sikit info yang saya nak share dengan ibu-ibu atau bakal ibu yang membaca entry ni.

Pic kat atas tu bukanlah nak menunjuk-nunjuk atau jauh sekali nak jual produk Shaklee yang ada dalam pic kat ats tu.. Sebab SEJUJURnya ketika berpantang tempoh hari, saya belum mengambil set menyusu Shaklee. Saya nak share gambar bahagian bawah tu..stok susu yang sempat saya buat masa dalam pantang. Hampir 350 oz rasanya. Tapi ada yang dah dikongsi dengan anak saudara saya (anak kakak). Kakak saya mengalami kesukaran dan masalah dalam penyusuan susu ibu. Apa yang saya ambil hanyalah set berpantang Shaklee. Saya tahu nak menyusukan baby sepenuhnya dengan susu ibu bukanlah perkara mudah. Anak pertama saya hanya sempat menyusu sepenuhnya susu ibu sehinggalah 10bulan. So, niat saya..biarlah kali ni..saya dapat menyusukan anak saya lebih dari tu. Jika boleh sehingga umurnya 2 tahun.InsyaAllah.. Tapi terlalu banyak halangan dan dugaan sepanjang proses pembelajaran dan pengalaman menyusukan anak ni.

Alhamdulillah..syukur pada Allah SWT..sepanjang tempoh berpantang..saya sempat mengumpulkan stok EBM buat anak saya. Apa yang saya amalkan sepanjang tempoh berpantang...

1) Saya pastikan mental dan fizikal saya sihat sepenuhnya. So, saya amalkan set berpantang Shaklee. Ibu-ibu lain boleh cuba apa2 saja jenis set berpantang asalkan ianya tidak menjejaskan bayi (tak panas, tak effect susu badan) dan ia boleh menyihatkan tubuh badan ibu dan keadaan mental ibu. Ini penting ya.. kerana ibu yang letih fizikal dan mental (dalam pantang kan emosi sgt2 tak stabil) akan mempengaruhi pengeluaran susu. So, bila saya kekal bertenaga dan sihat emosi, so..production susu berjalan lancar.

2) Kerap kosongkan pam samada secara direct feeding atau pam. Kebiasaannya bayi di dalam tempoh berpantang ni banyak tido. So, pastikan jarak masa DF/pam adalah di antara 2-3jam. Kalu baby tak bangun menyusu, samada kejutkan dia untuk menyusu atau pam dan simpan sebagai stok EBM. Kalu saya, susu yg dipam saya takkan guna, saya akan pastikan saya direct feed dengan baby jika saya ada bersama baby. STok EBM adalah untuk kegunaan masa depan. Hehehe

3) Minum banyak air.............ini penting ye ibu2, walau masih dalam pantang, ibu kena banyak minum air supaya susu pun banyak. Pastikan minum air suam banyak2, boleh juga minum MILO/SUSU suam.. Minum banyak air, banyak la susu nanti.

4) Jangan Skip Meal, makan je nasi sewaktu dalam tempoh berpantang, takyah diet2 bagai.. Sebab ibu-ibu menyusu biasanya cepat lapar. So makan je mengikut waktu makan..dan makan makanan yang seimbang, maksudnya mesti ada nasi, protein dan sayur hijau. Kalau saya, mesti nasi panas, ayam bakar dan sayur sawi. Sedappppp.... Kena makan byk protein juga untuk menggalakkan penghasilan susu. Saya juga minum ESP Shaklee ye. Ibu-ibu lain boleh dptkan protein dari ikan/ayam la ye. Sayur sawi pun dikatakan boleh membanyakkan susu. So, saya memang hanya dibenarkan makan sayur sawi sewaktu berpantang...

5) Saya selalu jugak buat tandem pumping. Anak saya hanya menyusu sebelah sahaja setiap kali feeding, so apa yg saya buat..saya akan menyusu sebelah sambil sebelah lagi mengepam. Biasanya saya selesa menggunakan pam manual sewaktu tandem pumping. Lebih mudah dan ringan. Tandem pumping akan meransang lebih banyak susu. Kdg2, anak menangis nak susu, saya tak sempat amik pam..so bagi je dia menyusu dulu. Selepas tu baru saya mengepam lagi sebelah. Tapi hasilnya tak semewah tandem pumping la...

6) Buat power pumping di waktu malam. Seeloknya di antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Kerana waktu ni hormon prolaktin sgt aktif, so..menggalakkan pengeluaran susu. Tujuan buat power pumping adalah nak set otak kita tentang konsep demand n supply ni. Saya pengguna pam elektrik dual pumping. So, saya pam 10min, rehat 10 min, kemudian pam lagi 10min..then rehat lagi 10 min. Sehinggalah cukup sejam. InsyaAllah buat secara berturut-turut selama beberapa hari, ibu-ibu mesti akan nampak kesannya. Kalau saya.. mmg production susu meningkat. Tapi sewaktu dlm pantang, takde la saya rajin sgt berpower pumping. Sekarang sejak2 bekerja ni la kena berpower pumping nak pstikan supply tak putus.. Hehe

7) Sambil2 mengepam tu bacalah doa tambahkan susu badan. Kalau tak silap saya Ayat Hujurat. Nanti next entry maybe saya attach kat sini.. Sebab kita hanya boleh berusaha..smuanya atas kehendak Allah SWT

Ada byk lagi tips dan cara nak kumpul stok ebm ketika pantang..tapi sebab saya dah mengantuk.. Lain kali saya cuba kongsi apa lagi yg saya tau sikit2 ni dengan ibu-ibu lain. Moga bermanfaat dan dapat membantu kita sama2 dalam penyusuan susu ibu ni...


No comments:

Post a Comment