Monday, March 2, 2015

21 Formula Hidup Luar Biasa

Assalamualaikum

Hai Mac 2015! ;)

Sebulan je lagi insyaAllah nak jumpa baby baru.. Excited dan neves sangat!

Bila kandungan dah hampir 36 minggu ni, macam2 la rasa yang ada. Dengan beban kerja opis yang semakin bertambah, berat badan pun bagai dipam2 jugak, dengan kerja di rumah yang tak penah selesai dan juga dengan 2 orang anak-anak yang semakin lasak ni. Ohhhh, tak terkata la macam mana nak digambarkan dan diceritakan. Hehehe. Tapi apa pun..syukur sangat pada Allah SWT kerana dilimpahkan rezeki yang tak terhingga ni. Diberikan kesihatan sehingga ke hari ni. Alhamdulillah...

Di saat2 genting macam ni, memang saya sangat perlukan motivasi dan makanan rohani untuk bina semula semangat. So, kebetulan hari tu ada rakan Shaklee yang berkongsi tentang buku ini. Buku bertajuk 21 Formula Hidup Luar Biasa yang ditulis dan dikongsi oleh Ustaz Asraff Ayob dan juga Dr. Azizan Osman (Jurulatih Kejayaan #1 Asia).

Apa yang best sangat tentang buku ni..



  • Ia ditulis oleh Ustaz Asraff Ayob dengan bahasa yang lebih santai dan penulisan dari hati supaya bila kita baca, ia betul-betul terasa dan tertusuk dalam hati. 
  • Ia adalah sebenarnya perkongsian pengalaman dan kisah Dr. Azizan Osman sendiri tentang bagaimana beliau jatuh dan bangun dalam hidupnya.
  • Formula transformasi kejayaan Dr. Azizan digabungkan dengan formula-formula kejayaan dan keberkatan yang diperoleh dari Al-Quran dan juga yang diaplikasikan oleh Baginda Rasulullah SAW, para sahabat, para auliya' para solihin dan alim ulama'. 

Saya masih lagi dalam proses membacanya. Baru tiba ke Bab 3 iaitu the power of serah. Gaya penulisan dan penyampaian Ustaz Asraff sangat memberi kesan ditambah pulak dengan contoh pengalaman sebenar yang dikongsi, ia memang tertusuk ke dalam hati pembaca.



Buku ni bukan saja untuk pembacaan mereka yang berbisnes, tapi ia sangat sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat, tak kisahla pelajar, surirumah, cikgu, pensyarah atau sesiapa yang nak tips dan amalan untuk berjaya dan mendapat keberkatan.;)

Tak sabar nak abiskan baca buku yang mengandungi 395 mukasurat ni. Hehehe.

Okay, nanti dah abis baca..boleh la kita summarize kandungan 21 formula hebat ni. ;))

Friday, February 20, 2015

Vitamin yang selamat untuk anak

Assalamualaikum

Happy Chinese New Year buat kawan2 berbangsa Cina yang menyambutnya. Moga tahun ni memberi lebih kebahagiaan dan kekayaan buat semua.

Buat kawan-kawan bangsa lain yang tidak menyambut CNY, semua juga hepi berehat2 cuti panjang tahun 2015 ni. Khamis sehingga Ahad.

So, saya sempat curi masa untuk share satu entry kali ni.

Sebagai ibubapa, kita selalu nak yang terbaik buat anak-anak mengikut kemampuan kita. Nak sediakan pakaian, makan minum, pendidikan, kasih sayang dan juga kesihatan yang terbaik buat anak-anak. Kebanyakan ibubapa juga dah menyediakan pelan pelindungan diri, kesihatan dan pendidikan anak-anak.

Sebagai seorang ibu kepada 2 orang anak (insyaAllah, yang ketiga is coming soon), saya nak anak2 saya sentiasa sihat dan membesar dengan baik.

So, saya memilih nak berikan anak2 saya Vitamin untuk menampung keperluan vitamin yang tidak mencukupi dari diet pemakanan seharian diorang. Memandangkan saya tak dapat nak pantau dan lihat apa yang dimakannya setiap hari di taska dan tadika.

Tapi ada terlampau banyak jenis vitamin untuk kanak-kanak yang ada di pasaran. Mana satu yang patut saya pilih.

Dan..pilihan saya mestilah yang semulajadi, tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

Saya pilih VITALEA for Children. Tanpa pewarna dan pemanis tiruan. Hanya rasa anggur yang diperoleh dari Xylitol (perasa semulajadi).

 Sebijik Vitalea sebesar ini.

 Hehehe. Anak kedua saya menangis nak lagi vitalea ni

Sebotol ada 60 biji Vitalea yang boleh dikunyah

Untuk anak saya yang sulung, usianya 4 tahun. Saya bagi nya 2x sehari. Pagi sebelum ke tadika dan petang selepas balik dari tadika. Buat anak saya yang kedua, usia hampir 2 tahun, hanya 1x sehari di waktu pagi. 

Kenapa saya taknak pewarna dan pemanis tiruan? Apa kesannya terhadap anak kita?

Ia boleh merosakkan dan mereputkan gigi anak2 kita dan juga boleh mengundang risiko diabetes!
 

Monday, December 1, 2014

Skincare Nutriwhite; Pencuci Muka Yang Selamat Ketika Mengandung

Usia kandungan dah mencecah 20 minggu, pergerakan semakin slow, kerajinan pun dah semakin kurang.. Hehe. Especially nak jaga muka, nak cuci muka, nak sapu pelembap pun malas, nak pakai krim? laaaaagi la teramat malas. Lagi pun, ketika mengandung ni, saya nak cuba kurangkan guna pencuci muka atau apa-apa penjagaan diri yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya.

So, apa je yang mama buyung anak ketiga ni buat?

Dah sebulan lebih dah saya guna pencuci muka Nutriwhite ni. Kandungan pencuci muka ni insyaAllah selamat, semulajadi kerana ia dihasilkan dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan. Ada ekstrak rumpai laut untuk hilangkan kotoran dan buang sel-sel mati, alga hijau untuk bantu nyahtoksin dan melembapkan, strawberry Begonia yang mencerahkan dan mengimbangkan pH.

Suuuuka sangat sebab kulit rasa lembut je lepas cuci, rasa licin je... Ada kawan-kawan yang kata abis dah hilang whitehead dan blackhead. Bagus kan? Dan yang pasti memang menjimatkan sbb saya picit sikit je (lebih kurang besar kacang hijau je), dan terus apply ke seluruh muka.  Sorang kawan saya guna pencuci muka yg sama dan dah hampir setahun pun belum habis lagi...


Selepas cuci muka, titis sikit softener ni atas kapas muka dan sapu je lembut2 ke seluruh muka. Wahhhhhhhhhh.. segar sangat, lembut je, rasa tegang je kulit ni. Takde rasa pedih2 macam sesetengah toner wajah. Softener ni lebih kepada melembutkan kulit muka dan juga mencerahkan..






Saya tak beli kedua-duanya serentak. Saya cuba cleanser dulu..dah rasa best, rasa serasi, then..saya cuba pulak beli softener ni. Terus je jatuh cinta tau.. Hehehehe.

Sebenarnya ada beberapa item lagi dalam set Nutriwhite ni. Aim saya nak dapatkan kesemua ni. Ni saya listkan...

1.  Gentle Action Makeup Remover
2. Gentle Deep Foaming Cleanser
3. Soothing Radiance Whitening Softener
4. Daily Defense Whitening Essence
5. Spot Whitening Treatment
6. Ultimate Protection Whitening Lotion
7. Overnight Renewal Whitening Cream

Bagi sesiapa yang nak cuba set penjagaan muka Shaklee ni, ni ada sikit details.
Set penjagaan muka Shaklee ni ada 2 jenis iaitu Nutriwhite dan Enfuselle.

So, cadangan saya..bagi mereka yang takde masalah kulit yang serius, takde jerawat yg kronik..memang sgt dicadangkan mencuba set Nutriwhite. Ni sebab set Nutriwhite ni mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, yang kurang sesuai bagi kulit yang berjerawat. Set ini lebih memfokuskan pada mencerahkan kulit wajah. Boleh putih la korang... Hehehe. Juga dikatakan set Nutriwhite ini setanding SKII tetapi dengan harga yang jauh lebih murah.

Bagi mereka yang ada masalah kulit kering ke, kulit berminyak ke, berjerawat ke.. dicadangkan mencuba set Enfuselle ni.

Kedua-dua jenis set ni boleh dibeli secara loose atau complete set.

Bagi sesiapa yang berada di area Kuantan, Kemaman, dan nak cuba set Nutriwhite Shaklee ni.. Jangan segan utk roger saya di 019-9171283.

Saturday, November 29, 2014

Bagaimana Meningkatkan Serapan Vitamin


Assalamualaikum

Kali ni saya nak share tentang makanan yang terbaik diambil bersama vitamin sekaligus membantu serapan vitamin dengan lebih baik

Pertama sekali kita kena tahu..

Vitamin dikategorikan kepada dua jenis, iaitu larut lemak dan larut air

Vitamin Larut Lemak

Vitamin A, D, E, K adalah vitamin larut lemak yang paling baik diserap ketika diambil bersama makanan yang ada sedikit lemak atau minyak. Vitamin akan diserap melalui usus kecil. Ia disimpan di dalam tisu lemak badan dan tidak perlu dimakan setiap hari. Pengambilan vitamin berlebihan boleh menyebabkan toksik atau berbahaya kepada badan kita, Seseorang individu patut mengambilnya mengikut dos yang dicadangkan.

Vitamin Larut Air

Vitamin C, B; thiamin (B1), B12, B6, riboflavin (B2), niacin (B3), asid folik, pantothenic acid (B5) dan biotin adalah jenis vitamin larut air. Disebabkan kesemua vitamin ini larut air, ia tidak disimpan di dalam badan. So, untuk memastikan vitamin ini diserap dengan baik oleh badan, pastikan kita minum air kosong yang secukupnya. Walaubagaimanapun, perlu mengikut dos yang dicadangkan kerana pengambilan yang berlebihan juga tidak bermanfaat kerana ia akan dikumuh oleh badan melalui peluh dan juga sewaktu buang air.

Ni semua adalah vitamin jenis larut air yg mama buyung ni consume every day. So, mesti minum banyak air kosong

Okay, nak pastikan kesemua vitamin yang kita ambil setiap hari diserap dan berfungsi dengan lebih baik, perhatikan apa yang kita makan setiap hari. ;)


So, feel free to read more kat sini --> http://web.mit.edu/athletics/sportsmedicine/wcrvitamins.html

Monday, November 10, 2014

Simpul Biawak a.k.a kaki cramp a.k.a tarik mengkarung

Assalamualaikum


Alhamdulillah, diberi kesempatan dan diizinkan Allah SWT untuk melalui pengalaman mengandung sebanyak 3 kali. Dua kali dah selamat melahirkan. Semoga kandungan kali ketiga ni dipermudahkan dan dilancarkan segala urusannya.

Mengandung anak sulung, masa tu bdn belum berkembang dgn jayanya, masih selim lagi, berat masih terkawal. Dan pada masa tu, saya dan suami tinggal berjauhan. Ketika kandungan mencecah 7 bulan, kedua kalinya dalam hidup saya, kaki saya cramp! Atau dikenali juga dengan "simpul biawak" atau "tarik mengkarung" (kali pertama adalah ketika saya belajar di UPM). Aduh! Sakit hampir menitik pulak air mata waktu tu. Kena pulak di waktu tgh malam, tgh nyenyak tido, terus terbangun sbb kaki rasa kejang sgt. Bayangkan lah saya berseorangan waktu tu, melalui kandungan pertama, memang syahdu la. Apa yang saya boleh buat, hanya mengurut2 betis dan tapak kaki sampai sakit tu hilang. Tapi, rasa sakit tu masih berbekas hingga ke pagi. Hingga kan nak berjalan pun terasa sangat kekejangan di betis. Sejak itu, semakin kerap la saya diserang "simpul biawak" ni, kadang2 kedua2 belah kaki.

Mengandung anak kedua, badan dah mula mengembang. Sebab syok sangat makan sewaktu menyusukan anak pertama dulu..Hehe. Badan dah berat, kuat berjalan turun naik tangga ke sana sini, so..saya diserang simpul biawak ni kalau tak silap saya, seawal 6 bulan.. Juga waktu ni saya masih berjauhan dengan suami, menjaga anak seorang diri. Jarak anak pertama dan kandungan kedua agak rapat, so ke mana2 pun anak saya dikendong. Walau dah ada pengalaman sewaktu anak sulung dulu, sakitnya tak tertahan juga. Memang kandungan kedua ni, boleh dikatakan hampir setiap malam, kaki saya akan cramp.

Mengikut pembacaan dan pengalaman orang tua2, simpul biawak ni terjadi disebabkan beberapa punca. Antaranya;

a)  Kurang nutrien dan garam seperti Kalsium dan Magnesium dalam darah. Sebabnya baby akan ambil segala apa yg perlu dari ibu

b) Uterus semakin membesar dan bagi tekanan pada salur darah besar pada kaki.

c) Berdiri, berjalan sepanjang hari dengan kandungan yang sarat boleh membuatkan otot kita letih


(sumber rujukan: Babycenter.com)

Jika saya kaji, corak pemakanan saya ketika mengandung anak pertama dan kedua dulu.. Saya memang minum susu setiap pagi, tapi saya juga penggemar teh. Setiap hari mesti minum teh. So, apa yang saya simpulkan, kafein dari teh yang saya minum setiap hari menganggu penyerapan kalsium dari susu.
So, saya memang totally kekurangan kalsium. Ditambah pulak saya memang seorang yang aktif walau ketika mengandung.

Mengandung kali ketiga, juga dengan jarak anak kedua dan kandungan kali ni yg agak rapat, so..saya dah pun standby langkah pencegahan nak bantu bekalkan kalsium yang mencukupi. Berdasarkan testimoni2 best tentang Ostematrix, pengalaman kawan2 yang dah cuba ketika pregnant. Ramai yang bagi feedback katanya memang kaki tak cramp sehinggalah melahirkan. Saya pun cuba jugak! Alhamdulillah, so far belum sampai masanya untuk kaki cramp. Dengan 4 tablet Oste setiap malam sebelum tido, membekalkan keperluan Kalsium yang mencukupi untuk ibu mengandung seperti saya. Alhamdulillah, gusi tak berdarah, pinggang belum sakit2 lagi, masih aktif seperti biasa. Bonus tambahan buat saya, setiap pagi lawas dengan sempurna. Mudah sgt nak ke tandas.

Tablet kalsium yang paling bagus!

 Kelebihan tablet Kalsium Shaklee dari yang lain


So...bagi ibu2 yg lain, sayang diri anda dan juga baby, bekalkan kalsium yang mencukupi untuk diri anda dan juga baby..Yang paling penting kesihatan dan keselesaan ibu ketika mengandung paling diutamakan. Nanti2 insyaAllah nak pregnant lagi kan? So..tinggalkan kenangan2 manis je sepanjang mengandung.

If perlukan consultation, sharing tentang pregnancy, tentang produk, tentang breastfeeding, sudi2 lah whtsapp saya ye. Saya Nas, ni nombor saya 019-9171283.

Okay, sharing is caring. Goodnite. ;))


Tuesday, November 4, 2014

Pregnant 16 minggu

5 Nov 2014

Rabu 12.01 a.m






Assalamualaikum

Pregnant kali ketiga.

Alhamdulillah, tak tergambar rasa syukur dan hepi bila dpt tau yg diri ni pregnant lagi. Anak sulung baru 3 tahun ++, anak kedua baru je setahun setengah tapi disbbkan ianya mmg seperti yang dirancang saya dan suami, kami terima dgn tangan yang terbuka. Ni konon2 planning utk tahun depan, sebelum sambung belajar, saya mesti kena ada sorang baby. Haha! Bunyi macam senang seperti beli ikan kat pasar je kan. Tak ye.... Anak lahir bersama amanah yang besar buat kami berdua.

Sehingga ke saat ni, kandungan saya dah pun mencecah 16 minggu ++. So, nak tau apa perkembangan baby dalam perut ni. Once again (walau dah kali ketiga), ibu ni kena la men'google' mencari apa tahap baby skrg ni. Hehehe

So, ni rujukan dari babycenter.com ye. Saya ringkaskan untuk tatapan ibu2..

1. Saiz baby sekarang adalah lebih kurang sebesar sebiji avokado. (maybe kecik sket dari saiz genggaman penumbuk mama)

2. Pada saat ni, baby dah pun bermain2 dalam perut. Maybe dia dah jumpa mainan yang sesuai utk nya. Main tali pusat sendiri je, tarik2 ke cekau2 ke.. (awww..geli pulak bila mama bayangkan..hehe)

3. Ibu juga dah mula terasa sakit pada bahagian sisi jika ibu bergerak secara tiba2. Sakit sikit2 je. So, don't worry.. tapi kalau rasa sakit bertambah kuat, sila jumpa doktor ye



Tak sabar kan nak menunggu minggu ke minggu, nak tengok perkembangan baby.. Setiap dari ibu akan menanti dengan penuh sabar, berharap baby sihat sehinggalah dia lahir. Dan keterujaan saya pun sama je setiap kali pregnant. Tetap rasa tak sabar nak tgk baby, nak tengok rupanya iras siapa. Saya ke atau abahnya. Hehehe. (tp skrg tgh glemer anak che ta..so, nak kenan muka baby yg comel tu jugak lah..haha)

So, nak pastikan baby berkembang dan membesar seperti sepatutnya, ni apa yang saya ambil setiap hari.. 

1. Zinc Complex - 1 biji je setiap hari sebelum breakfast, nak bantu kawal paras gula dalam darah.. Takut tau sbb ni dah anak ketiga, risau kena GDM pulak..

2. Bcomplex - 1 biji Bcomplex selepas breakfast utk bekalkan asid folic yang mencukupi utk perkembangan baby. Ni penting ye ibu2, kekurangan asid folic boleh sebabkan perkembangan baby yg tak normal

3. Vitamin C - Yg ni kesukaan saya, before hamil pun mmg dah selalu ambil. Kali ni tujuannya utk bantu up kan imun bdn saya. Lagipun saya nak kulit saya dan baby juga cantik dan gebu gitu. Haha! Biasanya saya ambil samada selepas breakfast atau lunch. Dan saya akan pastikan saya minum air kosong secukupnya.

4. Vitalea - Multivitamin dan multimineral ni saya ambil 2 biji. Vitalea ni telah diformulasikan dengan Zat Besi. So takde lain dah.. mmg untuk cantikkan bacaan Hb saya. Sepanjang pregnant pertama dan kedua dulu (tak kenal Shaklee lagi), Hb saya mmg atas pagar je. Paling tinggi pun pernah la mencecah 12 tp tu pun di hujung2 kehamilan. Alhamdulillah kali ni, mula buka buku aritu pun dah 12.8. Moga bacaan nya cantik hingga ke hujung. Penting tau ibu2, nak elakkan peristiwa "tumpah darah" ketika bersalin nnt yang boleh sebabkan kematian..

5. Ostematrix - Feveret ibu2 ni, semua kwn2 saya mmg peminat tegar tablet kalsium ni. Kenapa? Sbb kesannya yg superb best. Kalau untuk ibu2 mengandung ni, testimoni paling tip top, mestilah takde cramp a.k.a simpul biawak a.k.a kejang kaki ye.. Part tu paling best. Sbb sakit tau kena simpul biawak ni.. Huhuhu. Satu lagi, bila makan Ostematrix ni sebelum tido tiap2 malam, bangun pagi besok je terus lawas dgn cemerlang. Sembelit di kalangan ibu bukan lagi masalah ye.. Hehehehe

6. ESP - yg ni minuman wajib saya sebagai breakfast. Saya campur dgn susu low fat atau saya campur dgn susu kambing fresh..pastu minum. Hilanglah masalah perut pedih2 lapar waktu pagi. Boleh la bertahan hingga jam 11 atau 12. Lagipun kandungan protein yang tinggi dalam ESP ni boleh bantu kuatkan rahim juga. 

Buat masa sekarang, ni lah yang saya amalkan setiap hari. InsyaAllah..Omega Guard is ondeway nak ditambah tak lama lagi. 

So, buat kawan2 yang sesama pregnant, atau BF baby, atau sesiapa la yang nak sharing info, nak discuss tentang baby, pregnancy atau nak concultation tentang supplement secara percuma, boleh whtsapp atau sms saya ye..

Nama saya Nas, ni nombor saya 019-9171283. 

Okay, moga info ni sikit sebanyak membantu ibu2 semua ye 
Nak telan Ostematrix dan nak tido lah.. Gudnite semua.


Thursday, August 7, 2014

Atasi resdung atau allergik

Assalamualaikum & Salam Jumaat

Tadi ada sorang student yg mengadu pasal masalah resdung.
Katanya dia memang sgt allergik dgn seafood.
Dia ada cerita cuti raya aritu dia ada makan ketam, terukla bersin, berair hidung dan gatal2 seluruh muka.
Kalau mengemas rumah, terkena habuk pun dah boleh buat mata dia jadi sgt gatal

Aduhai...kesian..

Masalah resdung atau allergik ni bukan masalah luar biasa ye..
Kebanyakan daripada kita mengalami masalah ni.

Ayah dan adik saya pun ada masalah resdung yg serius.
Bersin dan berair hidung di awal pagi dah jadi normal bagi diorang.
Adik saya langsung tak boleh kemas rumah. Kalau terkena habuk, hidung dan mata dia akan gatal dan bengkak2.
Memang kesian sgt tgk.

So.. Saya cdgkan pada pelajar saya tadi untuk try set cadangan resdung Shaklee ni.



Ikhtiar la untuk atasi resdung a.k.a allergik ni.
Ada beberapa orang kawan saya yg dah cuba set ni dan semua bagi feedback yg positif.
Adik saya pun dah tak bersin dan berair hidung pagi2, dah kurang la gatal2 dan bengkak jika terkena habuk. Memang terbaiklah!

Biasanya mereka yg resdung atau allergik ni.. Diorang sebenarnya alah pada satu kandungan dlm seafood yg kita kenali sebagai histamine. Kandungan histamine ni lagi tinggi jika seafood tu dah kurang segar. (Hehe. Berguna jugak mengajar dalam bidang Food Tech ni.. ;p..)

Cadangan untuk cara atasi resdung ni adalah dengan mengambil..

1. Vita-C Sustained release Shaklee yang bersifat anti histamine.
2. B complex yang boleh bantu meredakan radang yg disebabkan oleh resdung dan allergik
3. Alfafa yang boleh bantu menyahtoksik dari bdn sekaligus mengurangkan punca resdung.

Selain ikhtiar dengan cara semulajadi yg lain, boleh juga cuba dgn supplemen Shaklee ni. Supplemen Shaklee terbukti sentiasa semulajadi, selamat dan berkesan. ;)

*nanti saya share testimoni kawan2 yg dah guna set resdung ni. Saya dah nak bersiap solat Zohor dan pi jamuan raya ni.

Saya nak bantu je..

Nasiroh
019-9171283
Pengedar Sah Shaklee Kuantan

Free COD area Semambu, Indera Mahkota, Gambang, Jaya Gading, Beserah, Balok, Gebeng dan kawasan sekitarnya ;)

Wednesday, August 6, 2014

Saya sayang mak saya



Mak saya ada di Kedah
.
.
Saya ada di Kuantan
.
.
Umur mak dah 53 tahun
.
.
Tapi...saya tak dapat nak duduk dengan mak, jaga mak, teman mak, keluar sama2 dengan mak.. Sedih sebab rasa hopeless tak dpt balas balik jasa2 mak yang tak terhingga tu
.
.
Saya tak dapat juga balik kerap.. Setahun rasanya 3-4 kali ja dapat balik jumpa mak. Takpun saya mesti call atau whatsapp mak tiap2 hari. 
.
.
Tapi.. walau apa pun, saya cuba juga pastikan mak sentiasa sihat, sentiasa hepi walau jauh di mata
.
.
Saya risau kalau mak sakit sbb anak2 semua jauh..So..apa saya buat.. Saya belikan mak supplement Shaklee ;)
.
.
Setiap kali habis stok, saya akan belikan yg baru dan poslaju pada mak. Saya belikan mak.....

1. Bcomplex - mak kata kulit dia makin cantik lepas makan Bcomplex ni. Hehe. Walau sebenarnya tujuan Bcomplex adalah nak bekalkan tenaga buat mak..

2. Ostematrix - dulu mak selalu sakit leher, rasa kebas2 dan tak boleh pusing leher. Mak selalu kata maybe dia salah posisi tidur. Sebenarnya saya belikan untuk mak supaya mak dpt Kalsium yang cukup untuk tulang yg kuat. 

3. Vitalea - ni pun mak suka..Katanya dia lebih cergas dan tak lemau2 lagi dah. Yelah..Vitalea ni kan multivitamin dan multimineral terbaik dunia ;) Memang nak mak kekal cergas di usia sekarang

4. Omega Guard - Hari tu mak call, dengan nada risau..dia bagitau yg paras kolesterol dia tinggi sikit dari normal. Mak seorang yg aktif. Tapi ni biasa untuk wanita yg dah berumur 50-an. Tapi mak sedih.. So..saya belikan Omega Guard untuk bantu kawal kolesterol sekaligus bantu jaga jantung mak. Alhamdulillah.. Selepas seminggu, paras kolesterol mak dah normal

5. Vita-C - Haaa.. ni memang vitamin wajib la ye. Untuk bantu mak tingkatkan imun badan. Supaya mak lebih sihat
 .
.
.
.
Itu lah cara saya nak sampaikan kasih dan sayang saya pada mak. Harap mak dapat rasa apa yg saya cuba sampaikan. ;)

Friday, July 4, 2014

Masuk ICU selepas makan roti john

Assalamualaikum

Ramadhan 6
Alhamdulillah..cmna puasa hari ni?
Dah terawih ke dak lagi ni?

Saya dah selesai
Alhamdulillah.. Anak2 bagi kerjasama dgn baik. Dapat la selesaikan terawih mlm ni..
Puasa hari ni pun lancar ja.
Allah bagi kekuatan, kerja opis pun tak banyak. Juz duduk ja kat meja selesaikan fail mengajar.

Ni sementara nak tidokan anak2 ni
Saya scroll la newsfeed fb
Ternampak la kes pertama keracunan makanan yg dilaporkan media utk Ramadhan tahun ni

Masuk ICU selepas makan roti john

Anak beranak sakit perut, cirit birit, muntah setelah makan roti john yg dibeli di bazar Ramadhan

Pendapat saya kes mcm ni boleh berlaku pada sesiapa saja, samada bulan Ramadhan atau pun tidak.

Tetapi bila keracunan makanan berlaku pada mereka yg telah berpuasa di siang harinya, ia boleh jadi sgt berbahaya.

Mungkin terjadi kehilangan air atau dehidrat yg teruk disebabkan tak minum di siang hari sbb berpuasa dan terkena pulak cirit birit dan muntah selepas berbuka

Apa punca terjadinya keracunan makanan ni?

Keracunan mknn terjadi bila seseorang memakan makanan yg mengandungi bakteria berbahaya kepada manusia

So..bakteria ni akan membiak di dalam usus manusia

Bakteria ni akan menghasilkan toksin yg buleh membuatkan manusia mual, pening, cirit birit dan muntah.

Jika kehilangan air yg teruk dlm bdn, ia boleh membawa maut.

Sebenarnya bakteria ni boleh dimusnahkan jika makanan tersebut disediakan dgn bersih, dimasak dgn suhu panas yg sempurna.

Emmm..tapi paham2 je la. Makanan yg disediakan awal, disediakan dalam kuantiti yg besar especially utk dijual memang mudah utk dijangkiti bakteria tersebut

Apa yg penting kesedaran pengendali makanan dalam menyediakan makanan yg bersih dan juga peranan pengguna utk memilih makanan sebelum dibeli.

Supplement Shaklee pun ada utk mencegah rehidrat atau kehilangan air dari bdn if kita mengalami keracunan makanan.

Antaranya adalah Performance Drink, membantu mengekalkan elektrolit bdn, mencegah kehilangan air dari badan terutamanya jika anda mengalami watery diarrhea (cirit birit berair)

Jika perlu info atau consultation lebih lanjut, jgn segan2 utk whatsapp atau sms saya di 019-9171283 nas. Saya sedia membantu ;)

Khasiat Kurma

Sekadar perkongsian ilmu.
Sempena bulan Ramadhan.
Sana sini meriah dengan kurma ;)

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

Allahu'alam..

MasyaAllah begitu banyak khasiat kurma ni

Pengalaman saya ketika berpuasa dan menyusu anak pertama

Saya hanya sahur dgn kurma dan air suam atau susu saja setiap hari

Dan berbuka dulu dengan kurma, solat maghrib..selepas tu baru makan makanan yg berat

Ni semua sebab anak saya yg masih baby tu sgt2 la kuat meragam hinggakan saya tak sempat nak makan

Kesan pada saya: alhamdulillah penyusuan susu ibu jadi lancar! Dan pada waktu itu saya belum kenal Shaklee lagi.

Jika ada set menyusu Shaklee. Mungkin penyusuan jadi lebih mudah ketika berpuasa.

Kurma + ESP shaklee sgt membantu memberi tenaga dan kenyang yg lama bagi memastikan ibu menyusu boleh bertahan sehingga waktu berbuka. ;)

Sampai sini dulu..nanti saya share lagi ye
Assalamualaikum

Thursday, July 3, 2014

Sains dan Puasa

Assalamualaikum

Salam 6 Ramadhan 1435H

Teringat pulak tadi ada terbaca di page Astro Awani tentang kaitan antara Sains dan puasa.

Kebiasaannya ramai yg menjadikan alasan berpuasa utk jadi tak produktif berkerja

Ada juga yg tidur je sepanjang hari dgn alasan tido ketika berpuasa dapat pahala. Hehe

Walau apa pun..

Sebenarnya ketika berpuasa lah kita dapat merehatkan sistem pencernaan kita yg bekerja tidak henti2 selama 11 bulan.

So..pada bulan ni ja..ia dpt berehat utk kembali berkhidmat kembali nanti.

Antara tanda2 yg biasa dihadapi oleh org yg berpuasa terutamanya di awal2 hari berpuasa adalah..

1. Mulut berbau
2. Kulit kering bersisik
3. Peluh berbau
4. Air kencing pekat dan berbau
5. Gatal2 pada kulit
6. Lidah kelat

Dan byk lagi.. Ni semua ada kaitan dgn proses penyahtoksikan atau detoxicification

Di mana bdn kita nak buang toksik2 dlm bdn yg dah lama kita simpan.

Waktu berpuasa ni juga sebenarnya mengajar umat Islam utk meningkatkan ketahanan mental dan fizikal

Sebagai contoh:-

1. Mereka yg kerja berat setiap hari dan melibatkan kekuatan fizikal..cth: buruh.. Wktu bulan puasa ni lah sebenarnya mnguji kekuatan dan ketahanan fizikal mereka. Jika mereka dpt laluinya dgn sabar. Ganjaran besar pasti menanti.

2. Mereka yg lemah semangat. So..puasa lah dpt bantu mereka tingkat kekuatan dan ketahanan mental.

Ni antara kelebihan puasa yg dpt dikaitkan dengan sains.



Banyaknya kelebihan berpuasa ni hinggakan non-muslim juga turut sama berpuasa di bulan Ramadhan ni.

So.. Jom kita lalui bulan ni dengan penuh kesabaran, kekuatan dan ketahanan yg kuat mental, fizikal.

Shaklee juga ada sediakan cadangan set untuk bantu kekal bertenaga fizikal utk berpuasa dan beribadat di bulan yg mulia ni.

1. Set Mighty Gems
ESP + Performance Drink + Meal shake

Atau..

1. Set utk tenaga segera
BComplex + Vitalea + ESP

Jom kita jadikan Ramadhan kali ni penuh dengan pengisian dan lebih bermakna berbanding tahun2 sebelumnya. ;))

Saya Nas
Masih setia dengan Shaklee ;)
019-9171283

Tuesday, June 24, 2014

El Nino

Assalamualaikum
Hai semua

Siang tadi ada terbaca
Tapi lupa dah kat mana
Bil letrik melambung2 ye di musim el-nino ni.
Siang dan malam sama je panas dan bahang
Ujian dari Allah SWT

Kalau boleh elakkan berada di luar terlalu lama
Boleh menyebabkan heat stroke
Boleh menyebabkan dehydration atau kurang air dalam badan

Minggu depan dah masuk bulan Ramadhan
Yey!! Excited sgt.
Doa dipanjangkan umur utk jejak bulan mulia ni lagi

Agak mencabar kan berpuasa ketika cuaca panas mcm sekarang
Doa kita diberikan ketabahan dan kesabaran melalui Ramadhan kali ni

Bagi kami sekeluarga
Performance Drink memang wajib ada stok di rumah
Minuman tenaga utk:-
1. Bantu cegah kehilangan air dari bdn
2. Bantu membekalkan elektrolit bdn
3. Bantu kekal stamina dan tenaga ketika berpuasa

Dengan rasa oren yg sgt menyegarkan
Mmg sedap!
Pilihan kami satu family utk sahur dan berbuka

Saya suka esp+performance drink ketika sahur atau esp+mealshakes+performance drink. Nyummy!

Performance drink+sunquick ketika berbuka





Jom kwn2
Buat persediaan fizikal utk bulan Ramadhan nnt
Supaya kita buleh beribadat dgn lebih sempurna

Saya Nas
Masih setia dengan Shaklee
019-9171283

Sunday, June 22, 2014

Vitamin E paling best

Assalamualaikum

Walaweiiii
Menghapdet belog 1st time dengan menggunakan blogger apps. Haha
Jakun la sat.
Sgt ketinggalan okay..walhal lama dah org lain guna. T_T
Okay.. Takpe. Better late than never kan..haha

Entri kali ni nak share tentang Vitamin E paling best! Tajuk saja bikin gempak!

Tapi. Mmg super duper best pon
Nin dia gmbaq vita-E nya..



Apa yg best sgt vitamin ni?

1. Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum
2. Mengandungi 10mg selenium semulajadi utk bantu tubuh kita serap vitamin e

Kelebihan-kelebihan yg sgt2 best

√ melindungi jantung dgn membantu mencegah pembekuan darah yg boleh menyebabkan salur darah tersumbat sekaligus menjadi punca STROK!!

√ meningkatkan keupayaan seks lelaki dgn meningkatkan kuantiti sperma

√ anti-penuaan dgn mengurangkan kedut, jerawat, parut dan garis2 halus di wajah

√ tinggi antioksidan yg dpt membantu melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambat pertumbuhan tumor

√ membantu mengatasi masalah sindrom prahaid, menopause

Eh..dan banyak lagi lah kelebihan dan kebaikan vita-e complex ni.

1 biji vita-e ni mengandungi 400IU vitamin e.
Sehari dicadangkan hanya 1 biji
So..
Sebotol vita-e ni boleh bertahan selama 4 bulan
Harga? Berbaloi murah kot..
Retail Price hanya RM149 sebotol

Berminat utk tau details cara pengambilan yg sesuai
Berminat utk tau details tentang kelebihan2 lain

Boleh sms/Whatsapp 019-9171283 (nas)

Okay..sampai sini saja..
Dah nak tido dah..
Besok kerija ooooo..
Saya dah telan 1 biji Vita-E..hehe

Assalamualaikum. Selamat malam. ;)

Monday, June 16, 2014

Pengedar Shaklee Kuantan dan Kemaman

Assalamualaikum

Hai

Sesi memperkenalkan diri

Buat entri belog ja tapi orang tak kenal pun kan.....hehe

Okay.. Nama saya Siti Nasiroh Bt. Ismail, pengedar Shaklee yang sah di area Kuantan dan Kemaman. Apa yang specialnya tentang saya??

Bagi sesiapa yang berada di kawasan Kuantan hingga Kemaman, boleh beli produk Shaklee dengan kos penghantaran secara PERCUMA! Best tak best tak? So..JIMAT dah kat situ

Ada lagi yang best tau...

Bagi mereka yang berada di luar Kuantan dan Kemaman, jangan risau....saya juga boleh membuat penghantaran dengan khidmat POSLAJU..dijamin sampai besok! hehehe. Dannnnnn.....khidmat mengepos setiap hari tau! Setiap hari...maksudnya..kalau order dan payment before pukul 4, berdesup saya pi mengepos!

Selain dari tu, apa lagi yang best tentang saya...
Ini orang yg kata ye.. bukan saya tau..

Customer sentiasa percaya untuk mendapatkan khidmat KONSULTANSI PERCUMA dari saya kerana saya juga seorang cikgu. Konsultansi dan panduan lengkap pengambilan supplement dengan tepat dan bersumber..

Saya juga friendly, peramah, dan easy going..jgn segan-segan dan kita boleh jadi kawan.. hehe


Cara hubungi saya adalah seperti di bawah.....;) Dipersilakan whatsapp, sms atau pm di fb. InsyaAllah, cepat reply. :)



 Shaklee sentiasa semulajadi, selamat & berkesan!

Wednesday, June 11, 2014

Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki

Assalamualaikum

Setiap pasangan yg berkahwin mesti la nak dikurniakan anak secepat mungkin
Tapi ada juga yang masih belum ada rezeki
Biasanya pasangan akan berbincang, punca dan cara mengatasi atau meningkatkan peluang untuk mendapat anak

Untuk kali ni, saya nak share cara meningkatkan kesuburan bagi lelaki
Next time saya akan share tips utk wanita pula
Tak salah kan berusaha dan berikhtiar. InsyaAllah, ada rezeki
 
Antara cara meningkatkan kesuburan lelaki adalah:

1. Elakkan Memakai Seluar Yg Ketat

  • Elakkan dari menggunakan seluar dalam ketat ataupun seluar fit yang boleh mengganggu peredaran darah di kawasan tersebut
  • Faktor suhu mempengaruhi penghasilan sperma. Jadi elakkan dari memakai pakaian yang memerangkap haba.
2. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat
  • Ambil makanan yang mengandungi anti-oksida yang tinggi. Makanan ini akan meningkatkan jumlah sperma yang dihasilkan. Makanan yang mengandungi vitamin C dan E juga membantu meningkatkan kesuburan lelaki.
  • Makan makanan seperti sayuran yang pelbagai dan produk tenusu yang rendah lemak. Ini akan meningkatkan kesuburan lelaki dengan lebih berkesan.
  • Elakkan daripada mengambil minuman beralkohol, kopi yang boleh mengurangkan jumlah penghasilan sperma.
3. Amalkan gaya hidup sihat
  • Berhenti merokok. Merokok akan mengurangkan jumlah penghasilan sperma dengan banyak.
  • Elakkan minuman keras dan yang mengandungi kafein.
  • Jangan mengambil dadah.
  • Elakkan dari stress. Masalah stress akan menyebabkan  masalah berkaitan seksual. Ini akan menyebabkan hormon terganggu seterusnya mengganggu penghasilan sperma.

Sempena Promo Vita-E bulan ni
Ambil lah peluang untuk cuba Vita-E Complex dari Shaklee ni

Ianya bagus untuk bantu tingkatkan kesuburan lelaki dengan cara:-

1. Menghasilkan sperma yg lebih banyak
2. Meningkatkan paras testosteron di dalam badan
3. Memperbaiki kualiti dan pergerakan sperma
4. Mengelakkan keletihan dan kelesuan
5. Meningkatkan daya tumpuan
6. Mengelakkan mati pucuk

So..apa specialnya Vita-E Shaklee ni?
Sebab..ia mengandungi Selenium. Pengambilan Vitamin E bersama selenium membolehkan Vitamin E tu berfungsi dengan lebih baik!
Vitamin E tanpa selenium akan menyebabkan ketoksikan dalam jangka masa panjang ye...

Dah la bagus untuk tingkatkan kesuburan....dapat pulak BONUS kulit cantik, takde jerawat melata lagi dah...kulit lebih lembap, parut dah pudar, awet muda lagi tu..

Faedah pulak dengan kesihatan jantung yang baik. Sebab Vita-E bersifat anticoagulans, menghalang pembekuan darah yang mungkin menyebabkan salur darah tersumbat sehingga boleh membawa kepada STROK!

Strok adalah pembunuh senyap No. 1 ye. Especially di kalangan lelaki.

Apa tunggu lagi?
18 Hari je lagi!
Untuk lebih info, utk consultation..
Boleh SMS/ Whatsapp 019-9171283 ;))