Monday, September 30, 2013

Berpantang 44 hari

Assalamualaikum,

Berpantang kali kedua ni, saya memilih utk berpantang dengan menggunakan Set Pantang Shaklee. Pengalaman berpantang anak pertama dulu, saya langsung tak sempat nak makan apa2 jamu disebabkan anak saya ada 'kuning' atau "prolonge jaundice". Hampir 20hari kami berulang alik ke klinik utk amik darah dan semggu jugak warded sbb kuning anak terlalu tggi. So..sedar tak sedar, dah abis dah sebulan berpantang.. Lepas tu baru nak mula makan benda2 panas mcm lada itam, halia, kunyit muda dan mcm2 lagi lah.. Kejap je la..Tgk2 dan abis 44hari berpantang. Lepas pantang nan ado la kan nak mkn jamu2 bagai.. hehehe

So, 2nd time pregnant, dah agak dah.. mesti anak kedua pun ada kuning jugak kan.. Apa lagi..google2 lah mencari set pantang yang nak diamalkan pas bersalin nnt. Nak dijadikan cerita terbaca lah kelebihan2 set berpantang Shaklee. Walhal dah raaamai distributor dalam list fren fb saya tu..dah byk kali dah diceritakan kelebihan2 produk Shaklee ni..tapi selalu je buat dek. Kira mcm baca tapi tak masuk kepala otak kan.. Kali ni entah kenapa mcm terdetik nak try set berpantang Shaklee sbb mmg dah tau lama dah yg produk Shaklee berkualiti dan berkesan. Tapi mungkin jugak sebelum ni dok anggap Shaklee agak mahal kan.. Dah godek2, kaji2.. last2 nekad nak try jugak. Antara kelebihannya boleh dimakan terus dari hari pertama bersalin, dan tak effect jaundice anak kan sbb dia bukan jamu dan tak panas.. Apa lagi..berdesup terus pm kawan saya.

Selepas je bersalin, terus makan set pantang ni kan.. Apa yang saya amik aritu, ada ESP, Vita-lea, Vitamin B complex, Zinc Complex, Vita C dan Ostematrix. Alhamdulillahhh..bersyukur sgt sbb hari kedua lepas bersalin tu rasa segar bugar, rasa bertenaga, rasa kuat, tak letih pun mcm orang dah bersalin biasanya. Muka tak pucat, merah2 je.. Set ni pulak dahla tak mahal mcm yg dipkirkan..dan tahan sehingga 4 bulan. Berbaloi sgt2. Dan baby mmg ada jaundice pun, kali ni hampir 30hari jaundice nya. Sampai at last doc kata ini prolonge jaundice, baru la stop cucuk2 kaki tgn dia amik darah. Nasib baik la jugak dan amalkan set pantang Shaklee ni. Kalu tak..mau nyer lemauuuuu sebulan tak dpt pulihkan dalaman bdn ni. Huhuhu. Makan ESP susu bdn alhamdulillah sgt meriah, leh buat stok penuh peti sejuk mak smpaikan mak terpaksa beli peti sejuk baru yg lebih besar. Demi cucu tercinta lah kata kan.. Hahaha. Makan Vitamin B Complex, boleh redakan tekanan dan ketegangan emosi dalam pantang.. Sikit sebanyak membantu, takdela murung, sedih.. Risau gak kan.. Boleh bawak jadi meroyan kan! Vita-lea, Vitamin C, Zinc complex pun tak kurang hebatnya. Membantu memulihkan luka jahitan luaran dan dalaman, menambahkan platlet darah, HB lepas bersalin okay, tekanan darah ok, semuanya Alhamdulillahhhhh sgt2 best. Ostematrix pun saya saaaaaaaaaangat suka sbb elakkan sembelit yg biasa sgt berlaku dalam pantang kan. Ostematrix lah sumber kalsium saya dalam pantang sbb saya kurang minum susu dalam pantang sbb saya malas nak bancuh. Kalu susu Dutch Lady dalam kotak, mau laju2 saya terus minum.. Hahaha..

So.. pada kawan2 yang masih mencari set apa nak makan dlm pantang nanti, jgn lah ragu2 nak cuba ye. Takkan rugi! Gerenti! Itu kecualilah kalu anda2 semua beli tapi tak makan..mmg confirm tak berkesan! hehehe. Cari lah mana2 distributor yang anda suka, kwn2 dealer anda atau pun kalu suka, boleh juga pm/sms/WA saya ye.. Nas-0199171283.. Tq pada yg sudi membaca perkongsian saya ni.. Selamat memilih, buatlah pilihan yang BIJAK!

Sunday, September 22, 2013

Kumpul Stok EBM ketika berpantang


Assalamualaikum..

Malam ni tetiba rasa nak berkongsi bagaimana saya mengumpulkan stok ketika berpantang anak kedua. Walaupun stok saya taklah semewah ibu-ibu lain, tapi sikit sebanyak ada lah sikit info yang saya nak share dengan ibu-ibu atau bakal ibu yang membaca entry ni.

Pic kat atas tu bukanlah nak menunjuk-nunjuk atau jauh sekali nak jual produk Shaklee yang ada dalam pic kat ats tu.. Sebab SEJUJURnya ketika berpantang tempoh hari, saya belum mengambil set menyusu Shaklee. Saya nak share gambar bahagian bawah tu..stok susu yang sempat saya buat masa dalam pantang. Hampir 350 oz rasanya. Tapi ada yang dah dikongsi dengan anak saudara saya (anak kakak). Kakak saya mengalami kesukaran dan masalah dalam penyusuan susu ibu. Apa yang saya ambil hanyalah set berpantang Shaklee. Saya tahu nak menyusukan baby sepenuhnya dengan susu ibu bukanlah perkara mudah. Anak pertama saya hanya sempat menyusu sepenuhnya susu ibu sehinggalah 10bulan. So, niat saya..biarlah kali ni..saya dapat menyusukan anak saya lebih dari tu. Jika boleh sehingga umurnya 2 tahun.InsyaAllah.. Tapi terlalu banyak halangan dan dugaan sepanjang proses pembelajaran dan pengalaman menyusukan anak ni.

Alhamdulillah..syukur pada Allah SWT..sepanjang tempoh berpantang..saya sempat mengumpulkan stok EBM buat anak saya. Apa yang saya amalkan sepanjang tempoh berpantang...

1) Saya pastikan mental dan fizikal saya sihat sepenuhnya. So, saya amalkan set berpantang Shaklee. Ibu-ibu lain boleh cuba apa2 saja jenis set berpantang asalkan ianya tidak menjejaskan bayi (tak panas, tak effect susu badan) dan ia boleh menyihatkan tubuh badan ibu dan keadaan mental ibu. Ini penting ya.. kerana ibu yang letih fizikal dan mental (dalam pantang kan emosi sgt2 tak stabil) akan mempengaruhi pengeluaran susu. So, bila saya kekal bertenaga dan sihat emosi, so..production susu berjalan lancar.

2) Kerap kosongkan pam samada secara direct feeding atau pam. Kebiasaannya bayi di dalam tempoh berpantang ni banyak tido. So, pastikan jarak masa DF/pam adalah di antara 2-3jam. Kalu baby tak bangun menyusu, samada kejutkan dia untuk menyusu atau pam dan simpan sebagai stok EBM. Kalu saya, susu yg dipam saya takkan guna, saya akan pastikan saya direct feed dengan baby jika saya ada bersama baby. STok EBM adalah untuk kegunaan masa depan. Hehehe

3) Minum banyak air.............ini penting ye ibu2, walau masih dalam pantang, ibu kena banyak minum air supaya susu pun banyak. Pastikan minum air suam banyak2, boleh juga minum MILO/SUSU suam.. Minum banyak air, banyak la susu nanti.

4) Jangan Skip Meal, makan je nasi sewaktu dalam tempoh berpantang, takyah diet2 bagai.. Sebab ibu-ibu menyusu biasanya cepat lapar. So makan je mengikut waktu makan..dan makan makanan yang seimbang, maksudnya mesti ada nasi, protein dan sayur hijau. Kalau saya, mesti nasi panas, ayam bakar dan sayur sawi. Sedappppp.... Kena makan byk protein juga untuk menggalakkan penghasilan susu. Saya juga minum ESP Shaklee ye. Ibu-ibu lain boleh dptkan protein dari ikan/ayam la ye. Sayur sawi pun dikatakan boleh membanyakkan susu. So, saya memang hanya dibenarkan makan sayur sawi sewaktu berpantang...

5) Saya selalu jugak buat tandem pumping. Anak saya hanya menyusu sebelah sahaja setiap kali feeding, so apa yg saya buat..saya akan menyusu sebelah sambil sebelah lagi mengepam. Biasanya saya selesa menggunakan pam manual sewaktu tandem pumping. Lebih mudah dan ringan. Tandem pumping akan meransang lebih banyak susu. Kdg2, anak menangis nak susu, saya tak sempat amik pam..so bagi je dia menyusu dulu. Selepas tu baru saya mengepam lagi sebelah. Tapi hasilnya tak semewah tandem pumping la...

6) Buat power pumping di waktu malam. Seeloknya di antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Kerana waktu ni hormon prolaktin sgt aktif, so..menggalakkan pengeluaran susu. Tujuan buat power pumping adalah nak set otak kita tentang konsep demand n supply ni. Saya pengguna pam elektrik dual pumping. So, saya pam 10min, rehat 10 min, kemudian pam lagi 10min..then rehat lagi 10 min. Sehinggalah cukup sejam. InsyaAllah buat secara berturut-turut selama beberapa hari, ibu-ibu mesti akan nampak kesannya. Kalau saya.. mmg production susu meningkat. Tapi sewaktu dlm pantang, takde la saya rajin sgt berpower pumping. Sekarang sejak2 bekerja ni la kena berpower pumping nak pstikan supply tak putus.. Hehe

7) Sambil2 mengepam tu bacalah doa tambahkan susu badan. Kalau tak silap saya Ayat Hujurat. Nanti next entry maybe saya attach kat sini.. Sebab kita hanya boleh berusaha..smuanya atas kehendak Allah SWT

Ada byk lagi tips dan cara nak kumpul stok ebm ketika pantang..tapi sebab saya dah mengantuk.. Lain kali saya cuba kongsi apa lagi yg saya tau sikit2 ni dengan ibu-ibu lain. Moga bermanfaat dan dapat membantu kita sama2 dalam penyusuan susu ibu ni...


Saturday, September 21, 2013

Kenapa Saya Memilih Shaklee?

Bismillahirahmanirahim....


Assalamualaikum..

Blog ni yg dibuat khas utk berkongsi kebaikan dan kelebihan produk-produk Shaklee, perkhidmatan mengedar dan juga khidmat konsultansi secara percuma bagi sesiapa yg berminat.

Bila saya mencuba Shaklee?

Saya mula menggunakan produk Shaklee selepas bersalin anak kedua. Saya mencuba set pantang Shaklee iaitu Vitamin B Complex, Vitamin C, Iron, Vita-Lea, Ostematrix dan juga ESP. Saya tak pernah mencuba produk Shaklee sebelum ni kerana menyangka produk Shaklee mahal walau banyak testimoni yg berkongsi kebaikan dan kelebihan produk Shaklee.

Bagaimana saya kenal produk Shaklee?

Saya mula kenal produk-produk Shaklee melalui fb. Ramai kwn saya yg berkongsi tentang kelebihan dan kebaikan produk serta testimoni2 pengguna Shaklee. Sehinggalah tergerak hati nak bertanya lebih lanjut melalui seorang kwn di fb.

Apa kesan produk Shaklee?

Pengalaman berpantang kali kedua adalah sangat berbeza berbanding berpantang kali pertama dulu. Saya mula makan set pantang ni sejak hari pertama selepas melahirkan baby. Yang paling cepat nampak adalah luka bersalin cepat sembuh. Saya bersalin secara normal dan ada sikit luka digunting. Badan rasa bertenaga dan cergas walau baru lepas bersalin. Muka tak pucat seperti perempuan dalam pantang (ni adalah berdasarkan pemerhatian mak). Kurang letih walau saya berjaga malam dan kurang rehat waktu siang. Ditambah lagi anak sulung baru mencecah 2 tahun, nak menjaga dua anak yg masih kecil. Alhamdulillah, saya juga berjaya membuat stok susu lebih 200oz sepanjang tempoh berpantang. Ada masa terluang, anak tido, saya akan mengepam, termasuklah bangun tengah malam dan awal pagi. Banyak bezanya jika dibandingkan sewaktu berpantang anak pertama dulu.

Selepas Set Berpantang?

Okay, selepas abis tempoh berpantang..sebelum saya mula masuk ofis semula.. Saya tambah pula dengan alfafa. Saya sambung pengambilan ESP tapi ditambah dengan alfafa. Tujuannya pada masa tu, untuk masalah keputihan di samping untuk menambah susu badan. Saya risau production susu akan drop setelah saya masuk ofis disebabkan letih (saya menguruskan anak2 seorang diri tanpa suami ye). Waktu ini, saya belum lagi mendaftar sebagai ahli.. Saya hanya seorang pengguna.. ;))

Selepas Set Menyusu?

Dah suka sangat dengan kesan positif dan keberkesanan set pantang dan set menyusu..saya terpikir nak tambah satu lagi produk Shaklee. Disebabkan masih ada sisa2 berat ketika mengandung yang saya nak hilangkan..saya terfikir nak satu produk untuk kurus tanpa menganggu production susu. Saya decide nak try Lecithin pulak.. Diamalkan sekali dengan alfafa+ESP, so dapatlah set untuk kurus... hehehehe.. Sangat puas hati. Pada masa ni teruuuuuuuuuuuuuuus jatuh cinta...

Bagaimana boleh jadi ahli?

Sepanjang tempoh saya mencuba produk Shaklee dari set berpantang sehinggalah set kurus ni.. saya secara tak langsung ketika berkongsi kebaikan dan kelebihan produk, saya telah membuatkan kwn2 saya tertarik pada Shaklee. So, saya decide utk register ahli, belajar lebih dalam kelebihan dan kebaikan produk dan menjadi wakil pengedar untuk kwn2 saya.. Di situlah saya bermula....

InsyaAllah...saya masih baru dalam dunia Shaklee, terlalu ramai wakil pengedar di luar sana..Saya hanya menambah dan cuba menjadi sebahagian dari mereka untuk cuba berkongsi sebanyak mungkin kebaikan2 produk Shaklee, dan juga memberikan konsultansi kepada yang memerlukan..