Saturday, November 29, 2014

Bagaimana Meningkatkan Serapan Vitamin


Assalamualaikum

Kali ni saya nak share tentang makanan yang terbaik diambil bersama vitamin sekaligus membantu serapan vitamin dengan lebih baik

Pertama sekali kita kena tahu..

Vitamin dikategorikan kepada dua jenis, iaitu larut lemak dan larut air

Vitamin Larut Lemak

Vitamin A, D, E, K adalah vitamin larut lemak yang paling baik diserap ketika diambil bersama makanan yang ada sedikit lemak atau minyak. Vitamin akan diserap melalui usus kecil. Ia disimpan di dalam tisu lemak badan dan tidak perlu dimakan setiap hari. Pengambilan vitamin berlebihan boleh menyebabkan toksik atau berbahaya kepada badan kita, Seseorang individu patut mengambilnya mengikut dos yang dicadangkan.

Vitamin Larut Air

Vitamin C, B; thiamin (B1), B12, B6, riboflavin (B2), niacin (B3), asid folik, pantothenic acid (B5) dan biotin adalah jenis vitamin larut air. Disebabkan kesemua vitamin ini larut air, ia tidak disimpan di dalam badan. So, untuk memastikan vitamin ini diserap dengan baik oleh badan, pastikan kita minum air kosong yang secukupnya. Walaubagaimanapun, perlu mengikut dos yang dicadangkan kerana pengambilan yang berlebihan juga tidak bermanfaat kerana ia akan dikumuh oleh badan melalui peluh dan juga sewaktu buang air.

Ni semua adalah vitamin jenis larut air yg mama buyung ni consume every day. So, mesti minum banyak air kosong

Okay, nak pastikan kesemua vitamin yang kita ambil setiap hari diserap dan berfungsi dengan lebih baik, perhatikan apa yang kita makan setiap hari. ;)


So, feel free to read more kat sini --> http://web.mit.edu/athletics/sportsmedicine/wcrvitamins.html

Monday, November 10, 2014

Simpul Biawak a.k.a kaki cramp a.k.a tarik mengkarung

Assalamualaikum


Alhamdulillah, diberi kesempatan dan diizinkan Allah SWT untuk melalui pengalaman mengandung sebanyak 3 kali. Dua kali dah selamat melahirkan. Semoga kandungan kali ketiga ni dipermudahkan dan dilancarkan segala urusannya.

Mengandung anak sulung, masa tu bdn belum berkembang dgn jayanya, masih selim lagi, berat masih terkawal. Dan pada masa tu, saya dan suami tinggal berjauhan. Ketika kandungan mencecah 7 bulan, kedua kalinya dalam hidup saya, kaki saya cramp! Atau dikenali juga dengan "simpul biawak" atau "tarik mengkarung" (kali pertama adalah ketika saya belajar di UPM). Aduh! Sakit hampir menitik pulak air mata waktu tu. Kena pulak di waktu tgh malam, tgh nyenyak tido, terus terbangun sbb kaki rasa kejang sgt. Bayangkan lah saya berseorangan waktu tu, melalui kandungan pertama, memang syahdu la. Apa yang saya boleh buat, hanya mengurut2 betis dan tapak kaki sampai sakit tu hilang. Tapi, rasa sakit tu masih berbekas hingga ke pagi. Hingga kan nak berjalan pun terasa sangat kekejangan di betis. Sejak itu, semakin kerap la saya diserang "simpul biawak" ni, kadang2 kedua2 belah kaki.

Mengandung anak kedua, badan dah mula mengembang. Sebab syok sangat makan sewaktu menyusukan anak pertama dulu..Hehe. Badan dah berat, kuat berjalan turun naik tangga ke sana sini, so..saya diserang simpul biawak ni kalau tak silap saya, seawal 6 bulan.. Juga waktu ni saya masih berjauhan dengan suami, menjaga anak seorang diri. Jarak anak pertama dan kandungan kedua agak rapat, so ke mana2 pun anak saya dikendong. Walau dah ada pengalaman sewaktu anak sulung dulu, sakitnya tak tertahan juga. Memang kandungan kedua ni, boleh dikatakan hampir setiap malam, kaki saya akan cramp.

Mengikut pembacaan dan pengalaman orang tua2, simpul biawak ni terjadi disebabkan beberapa punca. Antaranya;

a)  Kurang nutrien dan garam seperti Kalsium dan Magnesium dalam darah. Sebabnya baby akan ambil segala apa yg perlu dari ibu

b) Uterus semakin membesar dan bagi tekanan pada salur darah besar pada kaki.

c) Berdiri, berjalan sepanjang hari dengan kandungan yang sarat boleh membuatkan otot kita letih


(sumber rujukan: Babycenter.com)

Jika saya kaji, corak pemakanan saya ketika mengandung anak pertama dan kedua dulu.. Saya memang minum susu setiap pagi, tapi saya juga penggemar teh. Setiap hari mesti minum teh. So, apa yang saya simpulkan, kafein dari teh yang saya minum setiap hari menganggu penyerapan kalsium dari susu.
So, saya memang totally kekurangan kalsium. Ditambah pulak saya memang seorang yang aktif walau ketika mengandung.

Mengandung kali ketiga, juga dengan jarak anak kedua dan kandungan kali ni yg agak rapat, so..saya dah pun standby langkah pencegahan nak bantu bekalkan kalsium yang mencukupi. Berdasarkan testimoni2 best tentang Ostematrix, pengalaman kawan2 yang dah cuba ketika pregnant. Ramai yang bagi feedback katanya memang kaki tak cramp sehinggalah melahirkan. Saya pun cuba jugak! Alhamdulillah, so far belum sampai masanya untuk kaki cramp. Dengan 4 tablet Oste setiap malam sebelum tido, membekalkan keperluan Kalsium yang mencukupi untuk ibu mengandung seperti saya. Alhamdulillah, gusi tak berdarah, pinggang belum sakit2 lagi, masih aktif seperti biasa. Bonus tambahan buat saya, setiap pagi lawas dengan sempurna. Mudah sgt nak ke tandas.

Tablet kalsium yang paling bagus!

 Kelebihan tablet Kalsium Shaklee dari yang lain


So...bagi ibu2 yg lain, sayang diri anda dan juga baby, bekalkan kalsium yang mencukupi untuk diri anda dan juga baby..Yang paling penting kesihatan dan keselesaan ibu ketika mengandung paling diutamakan. Nanti2 insyaAllah nak pregnant lagi kan? So..tinggalkan kenangan2 manis je sepanjang mengandung.

If perlukan consultation, sharing tentang pregnancy, tentang produk, tentang breastfeeding, sudi2 lah whtsapp saya ye. Saya Nas, ni nombor saya 019-9171283.

Okay, sharing is caring. Goodnite. ;))


Tuesday, November 4, 2014

Pregnant 16 minggu

5 Nov 2014

Rabu 12.01 a.m






Assalamualaikum

Pregnant kali ketiga.

Alhamdulillah, tak tergambar rasa syukur dan hepi bila dpt tau yg diri ni pregnant lagi. Anak sulung baru 3 tahun ++, anak kedua baru je setahun setengah tapi disbbkan ianya mmg seperti yang dirancang saya dan suami, kami terima dgn tangan yang terbuka. Ni konon2 planning utk tahun depan, sebelum sambung belajar, saya mesti kena ada sorang baby. Haha! Bunyi macam senang seperti beli ikan kat pasar je kan. Tak ye.... Anak lahir bersama amanah yang besar buat kami berdua.

Sehingga ke saat ni, kandungan saya dah pun mencecah 16 minggu ++. So, nak tau apa perkembangan baby dalam perut ni. Once again (walau dah kali ketiga), ibu ni kena la men'google' mencari apa tahap baby skrg ni. Hehehe

So, ni rujukan dari babycenter.com ye. Saya ringkaskan untuk tatapan ibu2..

1. Saiz baby sekarang adalah lebih kurang sebesar sebiji avokado. (maybe kecik sket dari saiz genggaman penumbuk mama)

2. Pada saat ni, baby dah pun bermain2 dalam perut. Maybe dia dah jumpa mainan yang sesuai utk nya. Main tali pusat sendiri je, tarik2 ke cekau2 ke.. (awww..geli pulak bila mama bayangkan..hehe)

3. Ibu juga dah mula terasa sakit pada bahagian sisi jika ibu bergerak secara tiba2. Sakit sikit2 je. So, don't worry.. tapi kalau rasa sakit bertambah kuat, sila jumpa doktor ye



Tak sabar kan nak menunggu minggu ke minggu, nak tengok perkembangan baby.. Setiap dari ibu akan menanti dengan penuh sabar, berharap baby sihat sehinggalah dia lahir. Dan keterujaan saya pun sama je setiap kali pregnant. Tetap rasa tak sabar nak tgk baby, nak tengok rupanya iras siapa. Saya ke atau abahnya. Hehehe. (tp skrg tgh glemer anak che ta..so, nak kenan muka baby yg comel tu jugak lah..haha)

So, nak pastikan baby berkembang dan membesar seperti sepatutnya, ni apa yang saya ambil setiap hari.. 

1. Zinc Complex - 1 biji je setiap hari sebelum breakfast, nak bantu kawal paras gula dalam darah.. Takut tau sbb ni dah anak ketiga, risau kena GDM pulak..

2. Bcomplex - 1 biji Bcomplex selepas breakfast utk bekalkan asid folic yang mencukupi utk perkembangan baby. Ni penting ye ibu2, kekurangan asid folic boleh sebabkan perkembangan baby yg tak normal

3. Vitamin C - Yg ni kesukaan saya, before hamil pun mmg dah selalu ambil. Kali ni tujuannya utk bantu up kan imun bdn saya. Lagipun saya nak kulit saya dan baby juga cantik dan gebu gitu. Haha! Biasanya saya ambil samada selepas breakfast atau lunch. Dan saya akan pastikan saya minum air kosong secukupnya.

4. Vitalea - Multivitamin dan multimineral ni saya ambil 2 biji. Vitalea ni telah diformulasikan dengan Zat Besi. So takde lain dah.. mmg untuk cantikkan bacaan Hb saya. Sepanjang pregnant pertama dan kedua dulu (tak kenal Shaklee lagi), Hb saya mmg atas pagar je. Paling tinggi pun pernah la mencecah 12 tp tu pun di hujung2 kehamilan. Alhamdulillah kali ni, mula buka buku aritu pun dah 12.8. Moga bacaan nya cantik hingga ke hujung. Penting tau ibu2, nak elakkan peristiwa "tumpah darah" ketika bersalin nnt yang boleh sebabkan kematian..

5. Ostematrix - Feveret ibu2 ni, semua kwn2 saya mmg peminat tegar tablet kalsium ni. Kenapa? Sbb kesannya yg superb best. Kalau untuk ibu2 mengandung ni, testimoni paling tip top, mestilah takde cramp a.k.a simpul biawak a.k.a kejang kaki ye.. Part tu paling best. Sbb sakit tau kena simpul biawak ni.. Huhuhu. Satu lagi, bila makan Ostematrix ni sebelum tido tiap2 malam, bangun pagi besok je terus lawas dgn cemerlang. Sembelit di kalangan ibu bukan lagi masalah ye.. Hehehehe

6. ESP - yg ni minuman wajib saya sebagai breakfast. Saya campur dgn susu low fat atau saya campur dgn susu kambing fresh..pastu minum. Hilanglah masalah perut pedih2 lapar waktu pagi. Boleh la bertahan hingga jam 11 atau 12. Lagipun kandungan protein yang tinggi dalam ESP ni boleh bantu kuatkan rahim juga. 

Buat masa sekarang, ni lah yang saya amalkan setiap hari. InsyaAllah..Omega Guard is ondeway nak ditambah tak lama lagi. 

So, buat kawan2 yang sesama pregnant, atau BF baby, atau sesiapa la yang nak sharing info, nak discuss tentang baby, pregnancy atau nak concultation tentang supplement secara percuma, boleh whtsapp atau sms saya ye..

Nama saya Nas, ni nombor saya 019-9171283. 

Okay, moga info ni sikit sebanyak membantu ibu2 semua ye 
Nak telan Ostematrix dan nak tido lah.. Gudnite semua.